Puasa dalah merupakan ibadah yang diwajibkan oleh Allah SWT untuk umat islam yang beriman, hampir semua umat islam melaksanakannya dalam bulan Ramadhan, namun sedikit sekali orang yang mengerti dengan apa-apa yang membatalkan puasa, untuk itulah Serambi Islam akan membahas tentang perkara yang membatalkan puasa, diantaranya:
1.
Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulamak); berdalilkan pemahaman
dari ayat Allah; “…maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan
carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah
serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang)
dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian
sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…”. (al-Baqarah;
187)
2. Bersetubuh dengan isteri pada siang hari bulan
Ramadhan walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulamak); berdasarkan
pemahamana dari ayat di atas.
3. Muntah dengan sengaja walaupun
sedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi’ie); berdalilkan
hadis Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal
puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah,
maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya” (HR Imam Abu Daud,
Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Mengikut
pandangan Imam Abu Hanifah; tidak batal puasa kecuali banyak (penuh
mulut). Jika muntah berlaku tanpa sengaja tidak batal puasa dengan ijmak
ulamak.
4. Kedatangan haid dan nifas (ijmak ulamak); wanita
apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan
sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain
di luar Ramadhan.
5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan
secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama
ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan
isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar mani kerana melihat atau
berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –kerana ia seumpama mimpi-
kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namun begitu perbuatan
tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluar adalah air mazi,
tidaklah membatalkan puasa.
6. Memasukkan sesuatu bukan makanan
melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut, yakni memasukkan
melalui mulut atau hidung. Perkara ini membatalkan puasa mengikut
mazhab Syafi’ie, Malik dan jumhur ulamak dengan mengkiaskannya kepada
makanan dan minuman.
7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur;
membatalkan puasa mengikut jumhur ulamak kecuali Imam Malik (mengikut
satu pandangannya) dan Imam Daud.
8. Menitikkan air atau ubat ke
dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam
Syafi’ie. Begitu juga, menyedut ubat melalui hidung.[1]
9.
Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati
sekelian ulamak. Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa
dengan ijmak juga.
10. Gila; jika seseorang itu menjadi gila, batallah puasanya kerana ia telah hilang darinya kelayakan untuk beribadah.
11. Berbekam (mengeluarkan darah); batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur ulamak tidak membatalkannya.
12.
Berniat keluar dari puasa; batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut Abu
Hanifah, majoriti ulamak mazhab Maliki dan yang rajih dalam mazhab
Syafi’ie; tidak batal puasa.
Nota kaki;
[1]
Ketetapan umum dalam mazhab Syafi’ie; membatalkan puasa dengan
memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut,
rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang
terbuka di badan. Sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar,
makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan
itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan
dubur (saluran berak).
Post a Comment Blogger Facebook